Subscribe:

Pages

Saturday, October 9, 2010

KETIKA IBLIS MEMBENTANGKAN SEJADAH

>KETIKA IBLIS MEMBENTANGKAN SEJADAH

Siang menjelang zuhur. Salah satu Iblis ada di Masjid. Kebetulan hari
itu ialah hari Jumaat, saat berkumpulnya orang ramai. Iblis sudah ada di
dalam Masjid. Ia nampak begitu khusyuk.
Orang mulai berdatangan. Iblis menjelma menjadi ratusan bentuk dan
masuk dari segala penjuru, melalui jendela, pintu, ventilation atau
masuk melalui lubang pembuangan air. Pada setiap orang, Iblis juga masuk
melalui telinga, ke dalam saraf mata, ke dalam urat nadi, lalu
menggerakkan denyut jantung setiap para jemaah yang hadir. Iblis juga
melekat di setiap sejadah.
>"Hai, Iblis!", Kiyai berseru, ketika baru masuk ke Masjid itu.
>Iblis merasa terusik; "Kau kerjakan saja tugasmu, Kiyai. Tidak perlu
kau melarang saya. Ini hak saya untuk mengganggu setiap orang dalam
Masjid ini!", jawab Iblis marah.
>"Ini rumah Tuhan, Iblis! Tempat yang suci, kalau kau mahu mengganggu,
kau lakukan diluar nanti!", Kiyai cuba mengusir.
>"Kiyai, hari ini, adalah hari ujian untuk mencuba sistem baru".
>Kiyai termangu.
>"Saya sedang menerapkan cara baru, untuk menjerat kaummu".
>"Dengan apa?" tanya Kiyai.
>"Dengan sejadah!" jawab Iblis.
>"Apa yang dapat kau lakukan dengan sejadah, Iblis?"
>"Pertama, saya akan masuk ke setiap pemilik saham industri sejadah.
Mereka akan saya jebak dengan mimpi untung besar. Sehingga, mereka akan
tegas memeras buruh untuk bekerja dengan upah yang sedikit, demi
keuntungan besar!"
>"Ah, itu kan memang cara lama yang sering kau pakai. Tidak ada yang
baru, Iblis?"
>"Bukan itu saja Kiyai...", tukas Iblis.
>"Lalu?" Jawab Kiyai.
>Iblis menjawab, "Saya juga akan masuk pada setiap designer sejadah.
Saya akan menumbuhkan gagasan, agar para designer itu membuat sejadah
yang lebar-lebar."
>"Untuk apa?" tukas Kiai.
>"Supaya, saya lebih berpeluang untuk menanamkan rasa egois di setiap
kaum yang kau pimpin, Kiyai! Selain itu, saya akan lebih bebas masuk
dalam barisan solat. Dengan sejadah yang lebar maka barisan shaf akan
renggang. Dan saya ada dalam kerenganggan itu. Di situ saya dapat ikut
membentangkan sejadah",jawab Iblis dengan yakin.
>Dialog Iblis dan Kiyai terputus seketika. Dua orang datang, dan
keduanya membentangkan sejadah. Keduanya berdampingan. Salah seorang
memiliki sejadah yang lebar. Sementara yang seorang lagi, sejadahnya
lebih kecil. Orang yang punya sejadah lebar tanpa melihat kiri kanan
terus sahaja membentangkan sejadahnya. Sementara, orang yang mempunyai
sejadah lebih kecil, tidak sedap hati jika harus mendesak jemaah lain yang sudah terlebih dahulu datang.

Tanpa berfikir panjang, pemilik sejadah kecil membentangkan saja
sejadahnya, sehingga sebahagian sejadah yang lebar tertutup
sepertiganya. Kemudian keduanya melakukan solat sunnah.
>"Nah, lihat itu Kiyai!", Iblis memulai dialog lagi.
>"Yang mana?" Kiyai menjawab.
>"Ada dua orang yang sedang solat sunnah itu. Mereka mempunyai sejadah
yang berbeza ukuran. Lihat sekarang, aku akan masuk diantara mereka",
seru Iblis yang kemudian lenyap.
>Ia sudah masuk ke dalam barisan shaf. Kiyai hanya memperhatikan kedua
orang yang sedang melakukan solat sunnah. Kiyai akan melihat kebenaran
rancangan yang dikatakan Iblis sebelumnya.
>Pemilik sejadah lebar, rukuk. Kemudian sujud. Tetapi, sambil bangun
dari sujud, dia membuka sejadahya yang tertindih, lalu meletakkan
sejadahnya di atas sejadah yang kecil. Hingga sejadah yang kecil kembali
berada di bawahnya. Dia kemudian berdiri. Sementara, pemilik sejadah
yang lebih kecil, melakukan perkara yang serupa. Dia juga membuka
sejadahnya, kerana sejadahnya ditindih oleh sejadah yang lebar.
>Keadaan ini berjalan sampai akhir solat. Bahkan, pada ketika solat
wajib juga, kejadian-kejadian seperti ini beberapa kali terlihat di
beberapa masjid. Orang lebih memilih menjadi di atas, daripada menerima
di bawah. Di atas sejadah, orang sudah berebut kekuasaan atas lainnya.
>Siapa yang memiliki sejadah lebar, maka, ia akan meletakkan sejadahnya
di atas sejadah yang kecil. Sejadah sudah dijadikan Iblis sebagai
pembezaan kelas. Pemilik sejadah lebar, diidentitikan sebagai para
pemilik kekayaan, yang setiap saat harus lebih di atas dari pada yang
lain.
>Dan pemilik sejadah kecil, adalah kelas bawahan yang setiap saat akan
selalu menjadi subordinate dari orang yang berkuasa. Di atas sejadah,
Iblis telah mengajari orang supaya selalu menguasai orang lain.
>"Astaghfirullahal adziiiim", ujar sang Kiyai perlahan.
>Wallahualam bissawab.

0 comments:

Post a Comment