Subscribe:

Pages

Tuesday, October 12, 2010

PERKARA YANG PATUT DIAMALKAN..

PERKARA YANG PATUT DIAMALKAN


1) Dirikan solat dan banyakkan berdoa. Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan, “Ya Allah , jadikan hatiku bersih.”

2) Selawat ke atas Nabi Muhammada S.A.W paling minimum 100 kali sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, fikiran akan menjadi tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikkan.

3) Solat taubat. Selain daripada memohon keampunan, ia dapat muncuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran. Selain dapat mencuci hati, ia juga dapat menenangkan jiwa. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3 kali.

5) Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari. Kemaafan yang dipohon mestilah dengan hati yang ikhlas.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positiif. Jangan sesekali mengkritik, mengutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri dan katakanlah “Aku sebenarnya …… ( perkara yang elok-elok belaka )

7) Muhasabah diri. Paling baik dilakukan pada waktu malam sebelum tidur. Senyum, pejam mata dan katakan di dalam hati “ Ya Allah, bersihkanlah fikiranku, hatiku kerana esok aku ingin menjadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif dan positif.” Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokkan harinya.

8) Berpuasa, kerana puasa dapat menghindarkan diri kita dari melakukan perkara-perkara yang tidak baik.

9) Ingat kematian (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati pada bila-bila masa.)

10) Kekalkan wuduk.

11) Bersedekah.

12) Belanja orang lain makan.

13) Jaga makanan. Jangan makan makanan yang tidak halal atau tidak diketahui sumbernya.

14) Berkawan dengan ulama.

15) Berkawan dengan orang miskin ( menginsafkan diri ).

16) Pesan pada orang supaya jadi baik.

17) Menjaga pancaindera iaitu mata, telinga, mulut dan sebagainya. Selain itu, jangan mengumpat kerana ia boleh menimbulkan fitnah.


.

0 comments:

Post a Comment