Subscribe:

Pages

Saturday, October 9, 2010

Kesulitan Perjalanan Hijrah Dari Kristian kepada Islam

Subject :Kesulitan Perjalanan Hijrah Dari Kristian kepada Islam (Baca ni
>>Menarik!!)
>>
>>
>>Kesulitan Perjalanan Hijrah Dari Kristian kepada Islam.
>>
>>
>>Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian
>>ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa
>>saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di
>>Sabah.
>>
>>Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula
>>memasuki sekolah menengah saya sudah mula membuat kerja-kerja untuk
>>meramaikan lagi penganut Kristian. Oleh kerana waktu itu Sabah dipimpin
>>oleh PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan
>>penuh kerajaan negeri.
>>
>>Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program
>>khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar
>>RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami
>>ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai
>>masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami
>>hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsn.
>>
>>Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali
>>kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi
>>kami
>>mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya
>>kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan
>>pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.
>>
>>Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama
>>Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini !
>>setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya
>>belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.
>>Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memmudahkan saya menyebarkan
>>ajaran Kristian.
>>
>>Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh
>>orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka
>> dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu). "cikgu saya ada
>>beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, bolehke saya
>>kerumah cikgu..."
>>
>>Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu.
>>Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama
>>Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya
>>kemukakan
>>beberapa persoalan, antaranya;-
>>- Mengapa orang Islam sembah kaabah
>>-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam
>>adalah agama langit.
>>-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi
>>membebaskan
>>kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
>>-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan! .
>>-Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya.
>>
>>Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan
>>kawan-kawan
>>dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal. Kemudian saya
>>dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.
>>- Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain.
>>- Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
>>- konsep ketuhanan Jesus.
>>
>>Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi,
>>kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu
>>kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa
>>saya
>>juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik
>>ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya'
>>datang
>>kerumah.
>>
>>Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping
>>mengulangkaji
>>saya! gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz
>>itu,saya mengagumi cara hidupnya.
>>
>>Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah
>>hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan
>>jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan. Yang
>> berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka.
>>Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin
>>tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya
>>meronta-ronta,
>>saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya
>>dan berkata," mengapa
>>Johanis....awak mengigau...."
>>
>>Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan
>> saya.........".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan
>>pihak
>> tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.
>>
>>
>> Selesai penI! slaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya
>> lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu.
>> Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan
>>mengacu
>> senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang
>>meletup
>> keatas.
>>
>> Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga
>> saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum
>>saya
>> dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di
>> Sabah.
>>
>> Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan
>>saya
>> Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti
>>kumpulan
>> Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu
>> koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..
>>
>>6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya
>> dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 ta! hun. Kemudian saya bekerja dengan
>> Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan,
>>Melaka
>> dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana
>>ramai
>> pendakwah ini nak berdakwahpun merungut duit over time. Saya rasa tiada
>> keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya ingin membilas dosa
>> lalu.Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk
>> mengIslamkan seramai mungkin dengan kuantiti bukan kuatiti saja.
>>
>> Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di
>> PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan
>> jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya sayang adik
>> beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.
>>
>> Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang
>> sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya
>>hantar
>> surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik
>> beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar
>>saya
>> mendapat berita........ Ayah saya menganut Agama Islam.
>>
>>
>> Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan
>>menangis.
>> Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu
>> murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya bayangkan ayah
>> dihadapan...saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis
>>bersama........Ya
>> Allah betapa agungnya kekuasaanMu....
>>
>>Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah
>> saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.
>>
>>Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini
>>berpecah.
>> Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita
>>ambil
>> sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.
>>
>> Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari
>> jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya
>>dapat
>> dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan
>> beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh
>> sergah saya,"You apa tahu... Islampun baru setahun jagung....."
>>
>>Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah saya
>> tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu
>>Islam.
>> kerana itu saya ajak menghayati Islam.
>>
>>Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog
>> tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk
>>bergerak
>> perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh
>> umat Islam. Apa tauliah awak,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit
>> polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan
>>puak
>>Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri
>>menyulitkan saya.
>>
>>Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah di
>>IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar
>>Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan...ada yang pura-pura masuk
>>Islam....dan dimurtadkan.
>>
>>Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra
>> Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini
>>antara
>> yang aktif untuk memurtadkan orang Islam.
>>
>>Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'.
>>Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi termasuk
>> Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu!.
>>Kalau terminum,
>> cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x,
>>dan
>> selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.
>>
>>InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. InsyaAllah.
>>

0 comments:

Post a Comment