Subscribe:

Pages

Friday, December 3, 2010

FIKRAH. 12 Barisan manusia di Padang Mahsyar.

Pada suatu hari, Mu’adz bin Jabbal menghadap Rasulullah S.A.W dan bertanya: “Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepada mengenai firman Allah S.W.T: Ketika sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris”. (Surah An-Naba’ ayat 18).

Mendengar pertanyaan itu, Baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab: “Wahai Mu’adz, engkau bertanyaka kepada aku perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri”.

Maka, ditanyakan apakah 12 barisan itu?..

Barisan Pertama: Diiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih bermaksud: “Mereka itu ialah orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka ini balasannya”.

Barisan Kedua: Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datang suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itulah orang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka”.

Barisan Ketiga: Diiring dari kubur berbentuk keldai, perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. “Mereka itulah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka”.

Barisan Keempat: Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. “Mereka adalah orang yang berdusta dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka”.

Barisan Kelima: Diiring dari kubur dengan bau busuk. Ketika itu Allah S.W.T menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. “Mereka itu ialah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia, tetapi tidak kepada Allah S.W.T, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka”.

Barisan Keenam: Diiring dari kubur dengan kepala mereka terputus dari badan. “Mereka ialah orang yang menjadi saksi palsu. Inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka”.

Barisan Ketujuh: Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi, dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. “Mereka ialah orang yang enggan memberi kesaksiaan diatas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka”.

Barisan Kelapan: Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. “Mereka ialah orang yang berzina. Inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka”.

Barisan Kesembilan: Diiring dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. “Mereka ialah orang yang memakan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka”.

Barisan Kesepuluh: Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuhnya penuh dengan sopak dan kusta. “Mereka ialah orang yang menderhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka”.

Barisan Kesebelas: Diiring dari kubur mereka dengan keadaan buta, gigi memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir melebar sampai ke dada dan lidah terjulur memanjang sampai ke perut serta keluar beraneka kotoran. “Mereka ialah orang yang meminum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka”.

Barisan Keduabelas: Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui ‘Titian Sirat’ seperti kilat. Maka datanglah suara dari sisi Allah S.W.T Yang Maha Pengasih memaklumkan: “Mereka ialah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjahui perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia mereka sudah bertaubat. Maka, inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredaan Allah S.W.T Yang Maha Pengasih dan Penyayan

0 comments:

Post a Comment