Subscribe:

Pages

Thursday, July 7, 2011

BERSIH 2.0??Siapa disebalik dan apa agenda??

Apa itu bersih? Kenapa bersih haram? Kenapa bersih berhimpun?

Rupa-rupanya walaupun BERSIH 2.0 ini tersangatlah popular, rupa-rupanya masih ramai yang tidak tahu apa itu bersih 2.0. Jutaan terima kasih kepada media yang sentiasa bekerja keras untuk mempromosikan BERSIH 2.O.

Bersih dalam segi bahasa bermaksud kesucian dari segala jenis kekotoran dan pencemaran. Bersih juga merupakan bahagian daripada iman. Dan bersih juga satu amalan yang mulia.

Tetapi kenapa BERSIH haram?

Perkataan Bersih menjadi kontoversi dan perkataan itu haram dicetak pada baju atau dibuat poster bila 10 Oktober 2007 yang lalu telah berlakunya perhimpunan aman yang mencecah angka ratusan ribu rakyat yang berkumpul dan berarak secara aman untuk menghantar Memorandum kepada DYMM AGONG untuk menuntut 8 perkara utama . Mereka berhimpun demi menuntut pilihanraya yang bersih lagi adil. Perhimpunan bersih 2007 itu telah menyebabkan UMNO hilang 5 buah negeri oleh pembangkang walaupun tuntutan rakyat supaya dakwat kekal digunakan kepada pengundi telah dibatalkan penggunaanya disaat-saat akhir. Namun, dengan pilihanraya yang bersih dan telus, pembangkan berjaya mendapatkan 5 negeri untuk ditadbirkan oleh Pakatan rakyat.

Maka tahun ini, sebelum menjelang pilihanraya, bersih kembali lagi dengan nama BERSIH 2.0 yang masih sama tuntutanya iaitu;

-Bersihkan senarai undi

-Mereformasikan undi pos

-Gunakan dakwat kekal

-Akses media bebas & adil

-Masa berkempen minima 21 hari

-Kukuhkan institusi awam

-Hentikan rasuah

-Hentikan politik kotor

Perkataan bersih dan warna KUNING yang merupakan warna tema BERSIH dan BERSIH 2.0 telah menjadi satu ancaman kepada negara. Rakyat yang memakai baju kuning dan tertera perkataan BERSIH merupakan satu kesalah di negara ini.


ok you all

Siapa Dibelakang BERRSIH 2.0


1)Yayasan Canadian Allied dari Kanada.

Gerakan tersebut yang berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak beberapa minggu lalu dikesan aktif menyalurkan bantuan kepada Bersih melalui NGO tempatan.

Antaranya adalah Yayasan Konrad Adenauer dari Jerman yang mempunyai hubungan erat dengan Parti Kesatuan Kristian Demokratik di sana, serta Yayasan Canadian Allied dari Kanada.

Kedua-dua NGO tersebut kini dikesan berada di carta ‘tiga teratas’ selaku penyumbang berbanding beberapa lagi pertubuhan asing lain, yang mewakili sembilan negara berlainan.

Dipercayai, jumlah terkumpul dana kewangan asing yang dimiliki Bersih kini sudah mencecah jutaan ringgit dan ia bakal digunakan untuk membiayai operasi demonstrasi.

Malah, Utusan Malaysia difahamkan, minggu lalu sahaja sebanyak RM250,000 dari negara asing disalurkan secara haram kepada sebuah NGO tempatan yang bernaung di bawah Bersih.

“Semua sekali, sembilan negara asing yang menjadi ‘tangan ghaib’ bagi mencetuskan keadaan huru-hara dalam negara pada 9 Julai ini dan mereka bergerak melalui NGO.

“Penyumbang paling besar yang dikesan adalah daripada NGO yang mempunyai kaitan dengan Kristian,” kata sumber kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, sumber tersebut turut menjelaskan Bersih juga menerima bantuan kewangan daripada NGO yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Britain dan beberapa buah negara Asia yang lain.

Bagi Amerika Syarikat, Institut Demokrat Kebangsaan (NDI) dan Institut Republikan Antarabangsa (IRI) dikenal pasti menaja Bersih dan parti-parti pembangkang di negara ini.

“Semua ini membuktikan bahawa Bersih hanya menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai kambing hitam untuk menghalalkan demonstrasi haram. Di belakang mereka ada ejen asing.

“Jadi saya harap rakyat sedar perkara ini. Pembangkang kini sanggup melakukan apa sahaja termasuk bersekongkol dengan negara asing bagi mencetuskan huru-hara,” jelasnya.

Sementara itu, semakan Utusan Malaysia di laman web NDI, www.ndi.org mendapati NGO tersebut mengesahkan bahawa mereka menaja aktiviti Bersih.

“Program NDI di Malaysia ditaja oleh National Endowment for Democracy (NED),” kata badan tersebut seperti dipetik dari laman web.

Persoalannya disini.., Jika betul apa yang dilaporkan.., apakah kepentingan pertubuhan Kristian dalam menjayakan bersih 2.0 ? apa Pulangan yang akan mereka dapat ? apa rancangan jangka masa panjang mereka? Hakikatnya sudah pasti ini tiada kaitan dengan kepentingan Islam. Adakah kita yang merpergunakan mereka atau mereka yang dah gunakan kita…???


Kita memang mengetahui bahawa agenda Bersih bukan sekadar menyatakan ketidakpuasan hati terhadap SPR tetapi sebenarnya lebih dari itu.

Perlantikan Ambiga yang terang dan jelas pendokong ISLAM MURTAD dan amalan Pluralisme sebagai Pengerusi Bersih adalah permulaan kepada agenda tidak baik dalam Bersih. Kenapa tidak dilantik kalangan ahli politik dari PAS seperti Khalid Samad atau Nasrudin Hassan kerana ahli PAS yang diwar-warkan peserta demo yang paling ramai dikerahkan keluar ke jalan raya nanti?

Jika SPR yang menjadi sasaran, kenapa tidak dibuat demonstrasi jalanan di Pejabat SPR ? kenapa pilih jalanraya dan menyusahkan warga KL yang lain ?

Jika tujuan utama adalah utk menghantar memo kepada DYMM YDP Agong, kenapa perlu berarak ratusan ribu penyokong seolah-olah mahu melancarkan perang terhadap Baginda dan Kerajaan yang SAH dipilih melalui proses demokrasi ? Sedangkan pihak berkuasa telah memberi pilihan supaya perhimpunan boleh dianjurkan dalam stadium.

Jika Hak Berhimpun yang selalu mereka laungkan terutamanya 'Bastard' Majlis Peguam dan Profesor kangkung Aziz Bahri digunapakai, bagaimana dengan HAK pengguna jalanraya, HAK peniaga, HAK keselamtan pekerja di Kuala Lumpur pada 9 Julai? Hanya kerana HAK berhimpun digunapakai maka Bersih dan pakatan pembangkang PERSETANKAN hak-hak orang lain.

Tiada siapa halang Bersih mahu berhimpun dan menghantar memo yang DYMM YDP Agong jika kena pada caranya. Tetapi cara dan gerak kerja mereka penuh muslihat hanya semata-mata mahu memiliki kuasa politik dan menjayakan agenda Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Terkini apabila penyokong Bersih mengangkat Chin Peng, Rashid Maidin sebagai PEJUANG KEMERDEKAAN dan menghina mereka yang berkorban demi kemerdekaan seperti Tunku Abd Rahman sebagai barua BRITISH dengan kenyataan terbaru Setiausaha Parti Sosialis Malaysia,

Bersih sekadar kulit hadapan sahaja tetapi agenda licik disebalik nya cukup kotor dan jahat. Dan kita wajib menentang. Dan ini adalah JIHAD.

Suka atau tidak, PAS sebenarnya sedang bersekutu dengan agen-agen dan proksi-proksi Parti Komunis Malaya yang cuba menghidupkan semula fahaman tersebut di negara ini di samping berusaha menimbulkan kekacauan menerusi demonstrasi. Penangkapan 30 orang aktivis Parti Sosialis Malaysia dengan risalah serta poster dan t-shirt yang bercetakkan kepala tokoh-tokoh komunis, merupakan bukti jelas penyerapan elemen subversif tersebut dalam BERSIH 2.0.
Walaupun Mat Sabu adalah peminat Chin Peng dan beranggapan Chin Peng adalah perwira kemerdekaan negara, namun secara hakikatnya, Chin Peng dan Parti Komunis Malaya tidak pernah dianggap sebagai wira oleh majoriti rakyat Malaysia.
Agen-agen komunis beranggapan, fakta-fakta sejarah tentang Komunis telah diputarbelitkan. Bahkan ada sesetengahnya yang meletakkan kesalahan kepada Kuomintang atau Bintang Satu dalam kekacauan dan kemusnahan yang dilakukan pada zaman darurat. Manakala Komunis atau Bintang Tiga pula digambarkan sebagai Tentera Rakyat.
Walhal kedua-duanya adalah sama, dan kedua-duanya adalah agen penjajah dari China! Dan kedua-duanya membawa kemusnahan, pembunuhan dan kekejaman yang tidak terperi terutama kepada rakyat Bumiputera dan kaum Pribumi.
PAS mempunyai saham yang besar dalam BERSIH 2.0. Parti Sosialis Malaysia yang cuba menafikan pengaruh komunis dalam organisasi mereka juga turut mempunyai saham dalam BERSIH 2.0.
Setakat ini, PAS tidak memberikan sebarang ulasan berhubung penangkapan 30 orang aktivisi PSM yang cuba menyebarkan dan memperagakan elemen subversif. PAS barangkali sedang berfikir-fikir dan menimbang-nimbang untuk mengeluarkan kenyataan bahawa penemuan serta penangkapan tersebut hanyalah sandiwara semata-mata seperti yang mereka pernah katakan tentang Al-Maunah.
Atau barangkali kepimpinan utama PAS sebenarnya merestui komunis kerana beranggapan komunis lebih kurang mudaratnya berbanding UMNO-BN dan mana-mana pihak yang menentang UMNO-BN akan menjadi sekutu serta sahabat baik mereka.
Ramai yang sedang menunggu keputusan PAS dalam hal ini. Lebih-lebih lagi ahli-ahli PAS yang pernah berkhidmat dengan angkatan tentera dan mengalami kecederaan dalam usaha memerangi komunis di tengah hutan. Malah mungkin juga anak-anak bekas soldadu Malaysia yang kehilangan ibu bapa mereka akibat kekejaman komunis yang sekarang merupakan penyokong kuat PAS, ingin tahu kedudukan sebenar komunis di mata PAS.
Atau PAS sebenarnya telah pun mengampunkan Komunis?
Penjelasan kepimpinan PAS diperlukan….




Siapa Ambiga Sreenevasan?

Ambiga Sreenevasan, ketua demonstrasi BERSIH 2 yang dijadualkan pakatan pembangkang pada 9 Julai 2011 adalah pendokong utama fahaman pluralisme di Malaysia. Ambiga turut melobi hingga ke PBB dan berharap menjadi pelapor ataupun pemantau bagi pihak PBB di Malaysia mengenai pluralisme. Ambiga jadi ketua BERSIH 2 namun yang buat demonstrasi di jalan-jalan adalah ahli-ahli PAS. Siapa perkudakan siapa ini?


Ambiga menerima anugerah "Women of Courage" pada 12 Mac 2009. Bersama-sama Ambiga menerima anugerah yang sama adalah Dr Musdah Mulia dari Indonesia. Siapa Dr Musdah? Tidak menghairankan mengapa Ambiga menyokong pluralisme kerana ada seorang lagi penyokong pluralisme di Malaysia yang juga sefahaman dengan Ambiga dan Dr Musdah (baca sini).

Dalam satu forum anjuran DAP pada Jun 2007, Ambiga mempertikaikan perlaksanaan hukum syariah dalam artikel 121 (1A) berkaitan dengan kes Lina Joy (baca sini). Apakah Ambiga yang menyokong kebebasan beragama yang dimahukan oleh Lina Joy ini dianggap BERSIH oleh ahli-ahli PAS?

Ambiga yang merupakan bekas Presiden Bar Council adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut perlaksanaan Interfaith Commission (IFC) pada 21 Ogos 2001. Bar Council telah menerima memorandum untuk menuntut perlaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan perlembagaan persekutuan. Apakah ahli-ahli PAS yang hendak berdemonstrasi masih lagi menganggap penubuhan IFC itu satu yang BERSIH bagi mereka? Mengapa tidak membuat demonstrasi untuk menuntut pembatalan memorandum tersebut di hadapan pejabat Bar Council?


Bar Council pernah menganjurkan demonstrasi di Sogo 9 Disember 2007 di Sogo. Kelihatan adalah Sivarasa Rasiah dan Lateefah Koya, kedua-duanya berjawatan dalam PKR dan merupakan ahli Bar Council. Sewajarnya, ROS mengkaji semula pendaftaran Bar Council, mereka bukan lagi bertindak sebagai pertubuhan perundangan tetapi pertubuhan yang dipergunakan oleh PKR dan menyalahi undang-undang yang sepatutnya mereka luhurkan bersama.

Bar Council pimpinan Ambiga juga menjadi dalang risalah perlembagaanku yang mahu menyisihkan hak orang Melayu dan menafikan Islam sebagai agama persekutuan (baca sini). Ambiga turut mengadakan forum memeluk islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka artikel 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Bar Council yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut (baca sini). Ambiga ini layak dianggap BERSIH oleh ahli-ahli PAS?






Bangsaku...sedarlah..............tentera2 kita berjuang bagai nak mati...xkan ni yang kita nk bg pd negara..ni kh sumbangan kita??????fikir..jgn main emosi sgt ble berpolitik..

0 comments:

Post a Comment